Wednesday 17 September 2014

Lelaki VS Perempuan.

assalamualaikum..
Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan pelajar perempuan lebih banyak yang menempah tempat di instiitut pengajian tinggi atau universiti berbanding lelaki. Persoalan nya dimanakah pelajar-pelajar lelaki? kenapakah pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki?. Banyak persoalan yang timbul mengenai isu ini.

kebimbingan pelbagai pihak mengenai jurang kecemerlangan akademik antara pelajar lelaki dan perempuan perlu diberi perhatian demi memastikan proses kelangsungan pendidikan antara dua gender itu dapat diimbangi dengan baik. penguasaan pelajar perempuan dalan pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan.

Biarpun sistem pendidikan yang diguna pakai tiada bezanya untuk mengukur kapasiti pencapaian dua gender, mangapa pencapaian pelajae lelaki tetap tidak setara? biarpun kemampuan pelajar lelaki sering kali dikatakan agak ketinggalan namun mereka masih boleh berjaya jika disokong dengan cara yang betul. hal ini menimbulkan persepsi bahawa pelajar lelaki memnag mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan mereka populasi yang semakin mengecil dalam pencapaian akedemik.

walaupun dominasi pencapaian akademik lebik terarah kepada perempuan, akan tiba masanya lonjakan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pelajarperempuan. Perkaraini tidak mustahil kerana proses pengembangan, cara berfikir dan pendedahan berbeza. pada peringkat awal, kecemerlangan pelajar perempuan agak ketara kerana mereka terdidik dengan sistem pembelajaran berstruktur. pelajar perempuan secara biologikal memang mempunyai potensi menyerlahkan kematangan pada usia tertentu biarpun di sekolah rendah.

Kematangan pelajar perempuan boleh dilihat apabila mereka sangat teliti sewaktu membuat kerja sekolah, sering membawa buku dan khusyuk di dalam kelas. sebaliknya pelajar lelaki lebih banyak bermain, bergurau senda dengan mengusik kawan dan hanya mampu mmemberi perhatian pada pelajaran hanya 15 minit pertama. perbezaan biologikal ini memang fitrah kerana secara normalnya, perempuan memang cepat matang. namun begitu, kematangan lelaki dalam berfikir boleh menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu. pada waktu itu, lelaki berfikir menggunakan akal tetapi perempuan lebih menggunakan emosi.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates