Wednesday 17 September 2014

Kemahiran Belajar Learning Management System (LMS)

assalamualaikum..haii kawan2
sebelum cuti hari itu, group saya kena buat pembentangan untuk subjek Kemahiran Belajar. kami kena bentang menegenai  Learning Management System atau nama singkatan nya ialah LMS. saya rasa LMS amat memberi faedah kepada pelajar lebih-lebih lagi pada zaman yang moden sekarang ini.
Apa itu LMS?? LMS nie  merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan sayu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.

Antara ciri-ciri utama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila- bila masa. hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat debgan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel. Antara ciri-ciri utama LMS adalah seperti berikut
i) Meletakkan bahan kursus di atas talian

  • kebanyakan LMS menyediakan butang yang telah diprogramkam untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan power point slide daripada kuliah.
  • mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
  • membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pelajar boleh meletakkan gred pelajar.
ii) Papan diskusi
  • Tenaga pelajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyumbangkan diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.
iii) Alat Komunikasi lain.
  • membolehkan tenaga pengajar mrnghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu. lock box for students di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat- sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat selamat.

Maklumat adalah berguna jika maklumat itu adalah tepat, kemas kini dan mudah diperolehi, pelaksanaan LMS mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar dan organisasi. hal ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan maklumat yang sistemetik boleh memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran masa kini.
sekian

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates