Tuesday 23 September 2014

ASSALAMUALAIKUM...
"awak dikehendaki membuat refleksi dalan assignment tu okey". refleksi? ape tuu?.
Ramai yang berpendapat bahawa refleksi itu ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Betul juga pendapat ini, tetapi ianya terlalu spesifik kepada perasaan yang bersifat emosi dan tidak banyak boleh dipelajari untuk berubah jika sekiranya kita tidak berusaha mengenal diri sendiri.

Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain. Seterusnya dia perlu menilai berdasarkan satu standard nilai (agama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan sebagainya)adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Dia perlu membuat analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah dia telah memberi reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, dia perlu memikirkan bagaimana cara yang lebih sesuai untuk memberi reaksi ke atas peristiwa berkenaan berdasarkan nilai-nilai yang sepatutnya.

Setakat ini, refleksi yang berlaku hanya menilai peristiwa yang telah berlaku. Seterusnya, dia perlu merancang apa yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang dan akan datang untuk memperbaiki keadaan, atau tindakan pada masa depan. Apa yang hendak dilaksanakan itu mesti sesuatu yang bertujuan untuk berubah kepada keadaan yang LEBIH BAIK. Dia juga perlu memikirkan bagaimana nak respon sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada masa hadapan supaya dia dapat memberikan yang terbaik untuk menjaga hubungannya dengan Allah, hubungan dengan orang lain, hubungan dengan alam, dan juga untuk kebaikan diri sendiri.

Wednesday 17 September 2014

Lelaki VS Perempuan.

assalamualaikum..
Kita sudah sedia maklum bahawa kebanyakan pelajar perempuan lebih banyak yang menempah tempat di instiitut pengajian tinggi atau universiti berbanding lelaki. Persoalan nya dimanakah pelajar-pelajar lelaki? kenapakah pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki?. Banyak persoalan yang timbul mengenai isu ini.

kebimbingan pelbagai pihak mengenai jurang kecemerlangan akademik antara pelajar lelaki dan perempuan perlu diberi perhatian demi memastikan proses kelangsungan pendidikan antara dua gender itu dapat diimbangi dengan baik. penguasaan pelajar perempuan dalan pencapaian akademik yang sentiasa cemerlang bagai memberi isyarat bahawa pencapaian pelajar lelaki mesti diperbaiki jika tidak mahu terus ketinggalan.

Biarpun sistem pendidikan yang diguna pakai tiada bezanya untuk mengukur kapasiti pencapaian dua gender, mangapa pencapaian pelajae lelaki tetap tidak setara? biarpun kemampuan pelajar lelaki sering kali dikatakan agak ketinggalan namun mereka masih boleh berjaya jika disokong dengan cara yang betul. hal ini menimbulkan persepsi bahawa pelajar lelaki memnag mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan mereka populasi yang semakin mengecil dalam pencapaian akedemik.

walaupun dominasi pencapaian akademik lebik terarah kepada perempuan, akan tiba masanya lonjakan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pelajarperempuan. Perkaraini tidak mustahil kerana proses pengembangan, cara berfikir dan pendedahan berbeza. pada peringkat awal, kecemerlangan pelajar perempuan agak ketara kerana mereka terdidik dengan sistem pembelajaran berstruktur. pelajar perempuan secara biologikal memang mempunyai potensi menyerlahkan kematangan pada usia tertentu biarpun di sekolah rendah.

Kematangan pelajar perempuan boleh dilihat apabila mereka sangat teliti sewaktu membuat kerja sekolah, sering membawa buku dan khusyuk di dalam kelas. sebaliknya pelajar lelaki lebih banyak bermain, bergurau senda dengan mengusik kawan dan hanya mampu mmemberi perhatian pada pelajaran hanya 15 minit pertama. perbezaan biologikal ini memang fitrah kerana secara normalnya, perempuan memang cepat matang. namun begitu, kematangan lelaki dalam berfikir boleh menjadi sangat pantas apabila berada pada tahap tertentu. pada waktu itu, lelaki berfikir menggunakan akal tetapi perempuan lebih menggunakan emosi.

Memerangi tekanan.

assalamualaikum..
mesti sekarang nie anda semua tengah stress kan, nak-nak lagi adik-adik kita yang nak meghadapi peperiksaan besar seperti peperiksaan Sijil Penilaian Menengah ataupun kepada kakak yang tengah stress menyiapkan assignment atau kertas kerja yang diberi oleh pensyarah. Sebenarnya saya pun sedang mengalami masalah yang sama, saya teramatlah stress sekarang nie. ialah dalam masa cuti pun kene siapkan assignment kan.. saya pun pelik macam mana stress ni timbuklkan. sebenarnya nya stress ni timbul apabila kita menghadapi tekanan dengan sesuatu perkara yang ada dipersekitaran kita.. tapi jangan risau, kita boleh megatasi tekanan yang kita alami ini. dibawah ini, saya ada tinggalkan tip2 untuk menghilangkan tekanan atau nama popularnya ialah stress..

Tip Mengurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Kemahiran Belajar Learning Management System (LMS)

assalamualaikum..haii kawan2
sebelum cuti hari itu, group saya kena buat pembentangan untuk subjek Kemahiran Belajar. kami kena bentang menegenai  Learning Management System atau nama singkatan nya ialah LMS. saya rasa LMS amat memberi faedah kepada pelajar lebih-lebih lagi pada zaman yang moden sekarang ini.
Apa itu LMS?? LMS nie  merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan sayu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.

Antara ciri-ciri utama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila- bila masa. hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat debgan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel. Antara ciri-ciri utama LMS adalah seperti berikut
i) Meletakkan bahan kursus di atas talian

  • kebanyakan LMS menyediakan butang yang telah diprogramkam untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan power point slide daripada kuliah.
  • mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
  • membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pelajar boleh meletakkan gred pelajar.
ii) Papan diskusi
  • Tenaga pelajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyumbangkan diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.
iii) Alat Komunikasi lain.
  • membolehkan tenaga pengajar mrnghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu. lock box for students di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat- sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat selamat.

Maklumat adalah berguna jika maklumat itu adalah tepat, kemas kini dan mudah diperolehi, pelaksanaan LMS mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar dan organisasi. hal ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan maklumat yang sistemetik boleh memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran masa kini.
sekian

Wednesday 27 August 2014

apa itu pancaindra

pancaindra itu ialah deria-deria yang ada pada tumbuh padan kita. Allah mencipta manusia adalah sebaik-baik makhluk yang ada di dunia ini sama ada yang nampak dilihat dengan mata ataupun sebaliknya.
allah mencipta manusia dengan mempunyai akal. akal ini berfungsi untuk berfikir. dari segi islam pula akal berfungsi untuk berfikir mana yang disuruh oleh allah dan mana yang dilarang oleh allah. selain akal fikiran, allah SAW memberi lagi nikmat dan anugerah kepada kita iaitu pancaindra. pancaindra mempunyai lima iaitu pendengaran, penglihatan, pengecap, penciuman dan sentuhan. kita sepatunya menggunakan satu nikmat ini daripada berjuta-juta  nikmat yang lain lagi iaitu pancaindra dengan selok-oloknya. dan kita patut bersyukur dengan apa yang diberi oleh allah SAW.

Template by:

Free Blog Templates